Bidadari Surga Ensiklopedia Islam Kisah Nabi & Rasul

 Ask - Ask.co.id - Index

Assalamualaikum Sahabat Bagaimana Keadaan Kalian Hari Ini, Kami Doakan Semoga Sehat Selalu.

Bidadari Syurga - Kisah Nabi & Rasul - Ensiklopedia Islam

Seandainya bidadari meludah pada tujuh lautan, niscaya air laut akan tawar kerana keindahan dan kemanisan mulutnya, kerana bidadari terbuat dari za’faran.

Bidadari Syurga Ensiklopedia Islam Kisah Nabi & Rasul

Bidadari Adalah makluk ciptaan Allah yang ditempatkan di dalam syurga. Mereka disediakan untuk orang-orang mukmin yang beramal soleh. Mereka diciptakan Allah tanpa melalui proses kelahiran dari mana-mana ibu, bahkan kejadian mereka hanya dengan rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t. dengan kalimah ( كن فيكون )‘Kun fayakuun’. 

Riwayat Ibnu Abbas r.a, Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat bidadari-bidadari. Dikatakan kepadanya, namanya ‘Aina’, ia diciptakan dari empat unsur, iaitu misik, kafur, anbar dan za’faran. Semua bidadari-bidadari itu sangat merindukan suami-suami mereka. Andai sekali saja bidadari-bidadari itu meludah di dunia maka tawarlah lautan tersebut lantaran ludahnya. Tertulis pada tengkuknya, ‘Barangsiapa yang suka akan dirinya seperti aku, maka beramal dengan ketaatan kepada Tuhannya’.”

Allah dan Rasul menggambarkan bahawa mereka berwajah teramat cantik dan amat sempurna kejadiannya. Setiap hamba Allah yang berjaya memasuki syurga di akhirat nanti akan disediakan dua orang bidadari khusus untuk mereka, dan mereka kini sedang menunggu kehadiran suami-suami mereka dari dunia dengan penuh tawaddhuk dan sabar. Firman Allah :

 إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاءً ,فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا ,عُرُبًا أَتْرَابًا 

"Sesungguhnya kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung (tanpa ibu dan tanpa kelahiran)", "Dan kami jadikan mereka gadis-gadis perawan", "Penuh cinta lagi sebaya (umurnya)." (QS. Al-Waqi'ah: 35-37) 

Mereka mungkin sekali berupa seperti manusia, sesuai dengan ciptaannya untuk manusia. Tubuhnya terdiri daripada misik, za’faran, ambar dan kaafur. Bauannya bau kasturi syurga, dan ditempat oleh Allah di dalam syurga. Mereka dicipta dengan sangat indah oleh Allah kepada hamba-hambaNya yang beramal soleh, yang berbuat kebaikan semasa di dunia, yang layak untuk memasuki syurga. Tetapi bentuk rupa sebenar, kecantikan dan keindahan mereka tidak dapat dibayangkan oleh sesiapa.

Diceritakan bahawa bidadari-bidadari syurga ini terlalu rindukan suaminya di dunia dan teringin melihat suaminya di dunia, namun tidak diizin oleh malaikat penjaga syurga. Suatu hari mereka meminta izin dari Allah untuk menjenguk ke bumi untuk melihat suami mereka dan mereka telah diizinkan. Bidadari-bidadari ini dapat mengenal siapa suami mereka kerana di dada mereka telah tertulis nama suami yang mereka rindui. Apabila mereka melihat ke bumi, tatkala terlihat akan isteri kepada suami-suami mereka di dunia yang tidak taat serta derhaka kepada suami, menyakiti suaminya, lalu bidadari syurga itu berkata dan berseru-seru. Sebagaimana telah diceritakan oleh Mu’adz ;

 لاَ تُؤْذِي امْرَأةٌ زَوْجَهَا فِي الدُّنْيَا. إِلاَّ قَالَتْ زَوْجَتُهُ مِنَ الْحُورِ الْعِينِ: لاَ تُؤْذِيهِ، قَاتَلَكِ الله، فَإِنَّمَا هُوَ عِنْدَك دَخِيلٌ يُوشِكَ أَنْ يُفَارِقَكِ إِلَيْنَا 

“Tidak ada seorang isteri yang menyakiti hati suaminya di dunia melainkan bidadari yang menjadi pasangannya (di syurga) berseru (mungkin marah): "Jangan engkau sakiti dia!, semoga Allah melaknatimu, sesungguhnya dia hanyalah bertamu (di rumahmu), dia sudah hampir berpisah meninggalkanmu menuju kami.” (Sahih al-Jami’: 7192).


Dalil Dari Hadits 

Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasallam  bersabda: “Jika salah seorang bidadari menampakkan wajahnya, nescaya akan menerangi cahaya antara langit dan bumi.” (H.R. Bukhari) 

Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasallam  bersabda: “Jibril mengatakan kepadaku bahawa ketika orang mukmin masuk syurga, akan disambut oleh bidadari dengan pelukan hangat dan erat. Dengan jari dan telapak tangan manakah akan dibandingkan kelembutan dan keindahannya, kalau lambaiannya akan memadamkan sinar matahari dan bulan?” (H.R. at-Tabrani)

Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasallam  bersabda: “Sekiranya salah seorang bidadari syurga datang ke dunia, pasti ia akan menyinari langit dan bumi dan memenuhi antara langit dan bumi dengan aroma yang harum semerbak. Sungguh penutup kepala salah seorang wanita syurga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (H.R. Bukhari dan Muslim) 

Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasallam bersabda: “Jika sehelai saja dari rambut bidadari jatuh ke bumi, nescaya wanginya akan meliputi seluruh timur dan barat.” (H.R. Ath-Thabrani)

Ibnul Qayyim memberikan penjelasannya mengenai hal ini: “Mengenai rambut bidadari ada dua sifat kontradiktif yang membuat kecantikannya semakin nyata dan memikat. Pekatnya hitam rambut terpadu dengan putihnya wajah dan mata yang bersinar cemerlang. Sungguh terserlah sekali, namun disitulah letak kecantikannya.” (Kitab Hadzil Arwah: 316)

Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasallam  bersabda: “Penghuni syurga boleh mencermin melihat wajahnya di pipi bidadari yang mulus itu.” (H.R. Al-Baihaqi dan Al-Hakim)

Dari Anas bin Malik, Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasallam  bersabda: “Seandainya bidadari meludah pada tujuh lautan, nescaya air laut akan tawar kerana keindahan dan kemanisan mulutnya, kerana bidadari terbuat dari za’faran.” 

Dalam sebuah riwayat oleh Hafidz Abu Bakar Al-Ajri, dari Imran bin Hasyim dan Abu Hurairah, Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasallam  bersabda: “Mahligai-mahligai (istana) di syurga itu tercipta dari Lu’lu' (mutiara), dan pada tiap-tiap mahligai itu ada tujuh puluh kampung dari Yaqut yang merah (delima merah) dan pada tiap-tiap kampung ada tujuh puluh rumah daripada Zamrud yang hijau; dan tiap-tiap rumah ada tujuh puluh tempat tidur; dan tiap-tiap tempat tidur ada tujuh orang perempuan dari bidadari.” 

Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasallam  bersabda: “Sungguh tutup kepala salah seorang wanita syurga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

 Dari Anas r.a, Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasallam  bersabda: “Seorang mukmin di syurga diberi kekuatan untuk menjimak isterinya sekian dan sekian.” Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah ia begitu kuat?” Baginda s.a.w bersabda, “Ia akan diberi kekuatan seratus orang laki-laki.” (H.R. Tirmidzi)

Dari Ummu Salamah r.a, ia berkata: Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?” Baginda s.a.w menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang nampak daripada apa yang tidak nampak.” Saya bertanya lagi, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?” Baginda sollallaahu 'alaihi wasallam menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah-lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya’.” (H.R. At-Tabrani)



Semoga Bermanfaat.


Banyak Hal Yang Akan Kita Bahas Silahkan Kunjungi Website Kami Secara Berkala Agar Anda Tidak Ketinggalan Informsi Yang Unik Dan Menarik Lainya, Share Bila Postingan Ini Bermanfaat.

Terimakasih Dan Sampai Jumpa.


Kategori : QuoteAskPediaAskNewsPerpustakaanNasionalInternasionalFlora & FaunaTehnologiPropertiTravelSportFoodKesehatanPopulerEntertainmentAgamaVidio.

Baca Juga

Komentar

Lebih baru Lebih lama