Ahmad ZainiI Dahlan ~ Syeikh al Islam Mufti Unggul

 Ask - Ask.co.id - Index

Assalamualaikum Sahabat Bagaimana Keadaan Kalian Hari Ini, Kami Doakan Semoga Sehat Selalu.

Ahmad ZainiI Dahlan ~ Syeikh al Islam Mufti Unggul

Ahmad ZainiI Dahlan ~ Syeikh al Islam Mufti Unggul

Ahmad ZainiI Dahlan ~ Syeikh al Islam Mufti Unggul

Al Imam al ‘Allamah Syeikh al Islam Syihab al Din Abu al Abbas Ahmad Zaini Dahlan al Hasani al Syafi’i al Makki dilahirkan di Makkah al Mukarramah pada tahun 1232 Hijrah bersamaan 1812 Masihi. Beliau lahir dari zuriat Keluarga Dahlan di Makkah yang merupakan keluarga Ahli Bait dari zuriat Sayyidina Hasan ibn Ali RA. 

NASAB

Nasabnya dikenali pasti sebagai Ahmad ibn Zaini ibn Ahmad ibn Uthman ibn Ni’matillah ibn Abdur Rahman ibn Muhammad ibn Abdullah ibn Uthman ibn ‘Ataya ibn Faris ibn Mustafa ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Ahmad  ibn Zaini ibn Qadir ibn Abdul Wahhab ibn Muhammad ibn Abdur Razzaq ibn Ahmad ibn Ahmad ibn Muhammad ibn Zakaria ibn Yahya ibn Muhammad ibn Daud ibn Musa ibn Abdullah ibn Musa ibn Abdullah ibn al Hasan ibn al Hasan ibn Ali ibn Abi Talib dan Fatimah al Zahra’ binti Sayyiduna Muhammad SAW.


PENDIDIKAN AWAL

Sayyid Ahmad Zaini Dahlan telah dibesarkan dalam persekitaran  keimanan dan ketaqwaan di Makkah. Semenjak kecil lagi beliau telah menghafaz al Quran dan matan-matan ilmu Islam sebagaimana tradisi penuntut di Masjid al Haram suatu ketika dahulu. Bakat dan kecerdikannya yang luar biasa itu telah menampilkan beliau sebagai permata yang berkilauan di Tanah Haram serta kebanggaan umat Islam. Disebabkan ketinggian ilmu dan kedudukannya itu, beliau telah ditabalkan sebagai Syeikh al Syafi’iyyah dan Mufti  Mazhab Syafi’i di Makkah pada zamannya.

Kemahirannya dalam ilmu Islam mencakupi berbagai bidang sehingga beliau dinobatkan sebagai al Faqih (Pakar Feqah) al Muarrikh (Sejarawan) dan al Muhaddith (Pakar Hadith). Beliau memiliki kekuatan hafazan yang luar biasa terhadap hadith sehingga ulama’ pada zaman tersebut menyifatkan hafazannya bagi Sahih al Bukhari seumpama hafazan Surah al Fatihah.


GURU-GURU

Kehebatannya ini terhasil dari kesungguhannya menuntut ilmu dari para ulama’ pada zamannya. Antara guru yang telah mencurahkan ilmu kepadanya ialah:

1- Muhammad Said al Maqdisi

2- Ali Surur al Makki

3- Abdullah Siraj al Makki al Hanafi

4- Hamid al ’Attar 

Manakala dari sudut ijazah pula beliau turut meriwayatkan daripada sejumlah ulama, antaranya:

1- Al Wajih Abdurrahman al Kuzbari

2- Uthman ibn Hasan al Dimyati (sandaran utamanya dalam periwayatan sanad)

3- Muhammad ibn al Husain al Habsyi

4- Muhammad ibn Ramadhan al Marzuqi 


MURID-MURID

Demikian juga ramai di kalangan ahli ilmu dan ulama’ sezaman dengannya menjadikan beliau sebagai guru serta memohon ijazah daripadanya. Antara mereka ialah:

1- Muhammad Tayyib al Naifar

2- Muhammad al Makki Azzuz 

3- Sayyid Muhammad Said Babasil

4- Sayyid Salim al ’Aidarus

5- Ahmad ibn Uthman al Attar

6- Muhammad Zahir al Watari

7- Sayyid Ahmad ibn Ismail al Barzanji

8- Muhammad Imam ibn Ibrahim al Saqa

9- Abu Bakar Uthman ibn Muhammad al Bakri al Dimyati


KERJAYA DAKWAH DAN TARBIAH

Sayyid Ahmad Zaini Dahlan adalah seorang murabbi (pentarbiah) yang mengambil berat mengenai urusan ilmu dan dakwah Islam. Beliau sentiasa memberi galakan kepada para penuntut ilmu agar belajar bersungguh-sungguh.  Kegigihannya dalam menyebarkan dakwah Islam kelihatan jelas dalam usahanya melatih dan mendidik murid-muridnya membidangi ilmu-ilmu Islam di Makkah yang kemudiannya dihantar ke seluruh pelusuk negeri bagi memperkenalkan Islam dan mengajar ilmu agama kepada masyarakat. 

Delegasi dan kader-kader dakwahnya itu mengembara sehingga  ke ceruk perkampungan Hijaz, Yaman dan Syam. Tidak cukup dengan itu, beliau turut menginfaqkan wang peribadinya bagi membiayai perbelanjaan yang diperlukan oleh para pendakwah yang ditugaskan di sekitar kawasan pedalaman dan perkampungan Makkah al Mukarramah.


JASA DAN SUMBANGAN

Sayyid Ahmad Zaini Dahlan juga telah menginfaqkan hartanya bagi membiayai pembinaan masjid-masjid di kawasan tersebut serta melantik murid-muridnya melaungkan azan, mendirikan solat fardhu. Ini termasuk mengajar umat Islam kaifiat menunaikan solat dan urusan berkaitan agama.

Beliau juga adalah insan yang berusaha menyarankan Sultan Maghribi Abu Ali al Hasan agar mencetak kitab Ittihaf al Sadah al Muttaqin bi Syarh Ihya’ Ulumiddin karangan al Hafiz Muhammad Murtadha al Zabidi yang merupakan syarahan bagi kitab Ihya’ Ulumiddin apabila terdapat mesin percetakan kitab pertama di Makkah.


KARYA ILMIAH

Sayyid Ahmad Zaini Dahlan juga banyak menghasilkan karya-karya Islam yang hebat. Hasil sentuhannya terus ditatap dan dijadikan sumber rujukan sehingga ke hari ini. Beliau telah menulis mengenai pelbagai cabang ilmu Islam bersesuaian dengan kepakaran dan kedudukannya sebagai al Mutafannin dan Syeikh al Islam pada zamannya. Karya-karya sentuhannya mencecah lebih 20 buah, antaranya:

1- Al Futuhat al Islamiyyah Ba’da  Mudhiy al Futuhat al Nabawiyyah

2- Al Sirah al Nabawiyyah

3- Al Fath al Mubin fi Sirah al Khulafa’ al Rasyidin

4- Tarikh al Andalus

5- Tarikh Umara’ Baladillah al Haram

6- Taisir al Usul li Tashil al Wusul

7- Fadha’il al Ilmi

8- Manhal al ‘Atsyan ‘ala Fath al Rahman

9- Al Durar al Saniyyah fi al Radd ‘ala al Wahhabiyyah

10- Fitnah al Wahhabiyyah

11- Fadha’il al Jum’ah wal Jama’ah

12- Bayan al Maqaamat wa Kaifiah al Suluk

13- Asna al Matalib fi Najat Abi Talib

14- Syarh ‘ala Alfiyyah

15- Al Anwar al Saniyyah bi Fadha’il Zurriyyah Khair al Bariyyah

16- Al Nasa’ih al Imaniyyah li al Ummah al Muhammadiyyah

17- Tarikh al Duwal al Islamiyyah bi al Jadawil al Mardhiyyah

18- Hasyiah ‘ala al Zubad li Ibni Raslan

19- Fath al Jawwad al Mannan bi Syarh Faidh al Rahman

20- Risalah fi al Basmalah

21- Risalah al Syukr li al Imam al Ghazali

22- Risalah fi al Ba’th wa al Nusyur

23- Irsyad al ‘Ibad fi Fadha’il al Jihad

24- Syarh al Ujrumiyyah fi al Nahwi

25- Taqrirat ‘ala Tafsir al Baidhawi

26- Taqrirat ‘ala al Asymuni wa al Sabban

27-  Taqrirat ‘ala al Sa’d


KEWAFATAN

Setelah bersusah-payah berjuang di medan ilmu dan dakwah dengan mengorbankan harta dan tenaganya, Sayyid Ahmad Zaini Dahlan akhirnya dijemput menemui Ilahi pada tahun 1304 Hijrah bersamaan tahun 1886 Masihi. Kewafatannya ditangisi oleh umat Islam dan sudah pastilah ulama’ dan pendakwah seperti beliau sukar untuk dicari ganti. Jasadnya disemadikan di sebaik-baik tempat persemadian, Madinah Munawwarah. 

Sebuah biografi khusus bertajuk Nafhah al Rahman fi Manaqib al Sayyid Ahmad Zaini Dahlan turut ditulis oleh salah seorang muridnya iaitu Abu Bakar  Uthman ibn Muhammad al Bakri al Dimyati.

Disediakan oleh:

Mujahid Abdul Wahab

Semoga Allah Mengampuninya

8 Sya’ban 1438H / 5 Mei 2017M



Rujukan:

1. Nafhah al Rahman fi Manaqib al Sayyid Ahmad Zaini Dahlan - Abu Bakar Uthman ibn Muhammad al Bakri al Dimyati.

2. Nathar al Jawahir wa al Durar fi ’Ulama’ al Qarn al Rabi’ ’Asyar – Yusuf Mar’asyli.




Banyak Hal Yang Akan Kita Bahas Silahkan Kunjungi Website Kami Secara Berkala Agar Anda Tidak Ketinggalan Informsi Yang Unik Dan Menarik Lainya, Share Bila Postingan Ini Bermanfaat.

Terimakasih Dan Sampai Jumpa.

Kategori : QuoteAskPediaAskNewsPerpustakaanNasionalInternasionalFlora & FaunaTehnologiPropertiTravelSportFoodKesehatanPopulerEntertainmentAgamaVidio.

Baca Juga

Komentar

Lebih baru Lebih lama