Kebagkitan Islam Di Nusantara (Negeri Di Bawah Angin)

 Ask - Ask.co.id - Index

Assalamualaikum Sahabat Bagaimana Keadaan Kalian Hari Ini, Kami Doakan Semoga Sehat Selalu.

Kebagkitan Islam Di Nusantara (Negeri Di Bawah Angin)

Rasulullah memberitahu bahwasanya Kebangkitan Islam di akhir zaman kedudukannya jauh di sebelah timur. Para pendakwah yang turun ke Nusantara untuk mengislamkan Alam melayu ini adalah mereka yang bernasabkan daripada Ahlul Bait Rasulullah dan keturunan Sahabat yang terpilih.

Kebagkitan Islam Di Nusantara (Negeri Di Bawah Angin)

Kebangkitan Islam di akhir zaman "umpama satu badan". Timur adalah nadinya, sementara Khurasan adalah tulang belakangnya. Timur adalah pemimpin, pencetus dan pendorong kepada kemaraan ini, sedangkan Khurasan adalah penyokong dan pembantu utama kepada Timur. Kedua-duanya akan bergabung seperti bergabungnya nadi dan tulang belakang. Kemudian barulah tubuh Islam itu kuat dan lebih aktif bergerak.


Negeri di bawah angin yang dimaksudkan Rasulullah S.A.W adalah Nusantara (Samudera). Nusantara terkenal dengan kepercayaan kuat terhadap alam ghaib (Tuhan) dan merindui perkara yang ghaib (Pesuruh Tuhan). Rasulullah S.A.W memang tahu bahawa suatu saat nanti Bangsa nusantara akan berbondong-bondong/ beramai-ramai menganut ajaran Rasulullah S.A.W  (Agama Islam)


Para pendakwah ada yang bermimpi bertemu Rasulullah S.A.W  dan mengarahkan agar mencari jalan ke timur, pergi ke tanah melayu untuk mengislamkan mereka (Bangsa Nusantara). Bahkan semasa hayat baginda S.A.W, baginda sendiri menghantar sahabat ke nusantara untuk membina perkampungan kecil Islam di nusantara yang diwaktu itu masih dikuasai ajaran Hindu dan Buddha.


Seterusnya, usaha kerjasama dengan kerajaan Nusantara berlaku selepas kewafatan baginda, pada zaman Khalifah Muawiyah Abu Sufian dan Khalifah Umar Abdul Aziz, Usaha dakwah dan hubungan diplomatik terus giat berjalan, sehingga kepada kerajaan Abbasiyah dan Turki Uthmniyah.


Samudera yang Rasulullah S.A.W maksudkan adalah Nusantara, hendak pergi ke negeri di bawah angin tersebut, perlu belayar melintasi jalan laut yakni melintasi Samudera. kerana negerinya dikelilingi pulau-pulau, juga pertemuan tiga lautan di tiga penjuru kepulauannya.

Nusantara adalah tempat lahirnya wali-wali Allah keturunan Ahlul Bait dan sahabat yang bertaqwa dan yang sangat bertaqwa, lantas berperan penting di akhir zaman ini.


Kesultanan Ahlul Bait dan Kerajaan Islam di nusantara ini bernasabkan dari Sayidina Hassan dan Sayidina Hussein R.A. Sebelum kedatangan Islam, bangsa nusantara adalah sebuah bangsa yang taat setia kepada Raja dan kerajaannya. Kedatangan para pendakwah mengislamkan Raja-raja mereka turut dituruti (seluruh rakyat) dengan menganut ajaran yang dibawa (Islam) secara beramai-ramai.


Bangsa nusantara sebelum kedatangan Islam, Allah karuniakan kepada mereka sejenis kekuatan bernama "Sakti" (Istidraj), Apabila mereka semua melihat "Karomah" (Lebih hebat dari sakti) yang ditunjukkan (yang dilihat) oleh para pendakwah yang datang untuk mengislamkan mereka, mereka kelihatan aneh dan keheranan, lantas yakin dan taat setia kepada arahan raja-raja mereka agar beramai-ramai memeluk Islam (Seruan memeluk ajaran Islam).


Sebelum kedatangan para pendakwah mengislamkan negeri dan kerajaan di nusantara, Para Raja-raja ada yang bermimpi diberi kefahaman dan ditunjuki jalan yang benar (Taufik dan Hidayah), lantas mereka tidak keberatan menerima Islam yang dibawa oleh para pendakwah tersebut.


Bangsa nusantara yang digelar Rasulullah s.a.w sebagai "Negeri Di Bawah Angin" kerana mereka semua percaya dan yakin kepada kabar ghaib yang disampaikan diserukan kepada mereka semua. Apabila semuanya telah diislamkan, Allah menaikkan darjat Raja-raja mereka dan rakyat-rakyatnya di nusantara, "Sakti" telah ganti menjadi "Maunah" atau "Karomah" mengikuti keyakinan dan keimanan mereka semua.


Perkembangan ini juga dikukuhkan lagi dengan perkawinan campur antara raja-raja dengan keturunan Ahlul Bait dan Sahabat Rasulullah, juga para pendakwah bermukim dan terjadi perkawinan campur dengan rakyat setempat. dengan perkawinan inilah mengukuhkan lagi tali persaudaraan dan mengembangkan lagi keturunan Ahlul Bait di Nusantara ini.


Seterusnya berlaku perkembangan ilmu dan dakwah yang terus berkembang pesat di seluruh Nusantara, kesedaran berTuhan yang hakiki dan kemanisan Iman sangat dirasa. Raja-raja telah menukar gelar mereka kepada Sultan-Sultan di Nusantara.


Terbinalah sebuah bangsa nusantara yang taat kepada agama, setia kepada pemimpin, memiliki identitas tersendiri, peradaban bangsa dan kerajaan Islam yang penuh keajaiban.


Wallahualam.....


Semoga Bermanfaat.

Banyak Hal Yang Akan Kita Bahas Silahkan Kunjungi Website Kami Secara Berkala Agar Anda Tidak Ketinggalan Informsi Yang Unik Dan Menarik Lainya, Share Bila Postingan Ini Bermanfaat.

Terimakasih Dan Sampai Jumpa.


Kategori : QuoteAskPediaAskNewsPerpustakaanNasionalInternasionalFlora & FaunaTehnologiPropertiTravelSportFoodKesehatanPopulerEntertainmentAgamaVidio.

Baca Juga

Komentar

Lebih baru Lebih lama