Kelebihan Bersolawat Atas Nabi Muhammad S.A.W

 Ask - Ask.co.id - Index

Assalamualaikum Sahabat Bagaimana Keadaan Kalian Hari Ini, Kami Doakan Semoga Sehat Selalu.

Kelebihan Bersolawat Atas Nabi Muhammad S.A.W

Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisa sirruhu menyatakan tentang kelebihan bersolawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah.

Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Bersolawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:

Kelebihan Bersolawat Atas Nabi Muhammad S.A.W

Kelebihan Bersolawat Atas Nabi Muhammad S.A.W


1. Melaksanakan perintah Allah.


2. Bersamaan dengan solawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.


3. Bersamaan dengan solawat para malaikat.


4. Mendapat ganjaran sepuluh kali solawat daripada Allah atas setiap kali solawat yang diucapkan (solawat Allah beri rahmat).


5. Dikaruniakan oleh Allah sepuluh derajat tiap-tiap satu solawat.


6. Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan setiap solawat.


7. Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan setiap solawat.


8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.


9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.


10. Mendapat ampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.


11. Allah akan menutupi segala dukacita.


12. Dikaruniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.


13. Mendapat derajat al-Sidq.


14. Ditunaikan segala hajat.


15. Salam sejahtera pada hari kiamat.


16. Allah dan para malaikat akan bersolawat ke atas orang yang bersolawat.


17. Mendapat kabar gembira dari Allah dengan balasan syurga.


18. Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.


19. Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke setiap solawat yang dibacakan.


20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.


21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.


22. Tidak akan merasa fakir.


23. Terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil.


24. Mendapat kesejahteraan dari doa Rasulullah s.a.w. kepada yang bersolawat.


25. Solawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.


26. Menjauhkan seseorang itu dari terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.


27. Bersolawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah solawat ke Nabi Muhammad s.a.w.


28. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.


29. Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lembut.


30. Mendapat balasan rahmat yang luas dari Allah.


31. Mendapat keberkatan dari Allah.


32. Mendapat kesempurnaan iman.


33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.


34. Mendapat hidayah Allah dan dikaruniakan hati yang senantiasa hidup mengingat Allah.


35. Setiap solawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.


36. Teguh pendirian dengan kebenaran.


37. Bersolawat bererti kita menggunakan sebagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping itu ia dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengkaruniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.


38. Bersolawat juga berarti zikrullah, bersyukur segala nikmat yang dikaruniakan oleh Allah.


39. Bersolawat berarti melengkapkan berdoa dan memohon kepada Allah, ke Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.


40. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap insan ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.


41. Dikaruniakan oleh Allah s.w.t. maqam seorang Syeikh dan Murobbi.


42. Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup di dunia dan akhirat.



Semoga Bermanfaat.

Banyak Hal Yang Akan Kita Bahas Silahkan Kunjungi Website Kami Secara Berkala Agar Anda Tidak Ketinggalan Informsi Yang Unik Dan Menarik Lainya, Share Bila Postingan Ini Bermanfaat.

Terimakasih Dan Sampai Jumpa.


Kategori : QuoteAskPediaAskNewsPerpustakaanNasionalInternasionalFlora & FaunaTehnologiPropertiTravelSportFoodKesehatanPopulerEntertainmentAgamaVidio.

Baca Juga

Komentar

Lebih baru Lebih lama